Perang Salib II
Selepas Perang Salib I ,umat Islam masih lagi beruntung kerana masih menguasai Halab ( Aleppo ) dan Damsyik. Belum pun sempat pihak tentera salib hendak menyerang Halab maka timbulah bintang Islam yg baru yaitu Imad ed Din atau Zanki. Namanya mulai bersinar sekitar 28 tahun pihak Salib berkuasa.Beliau di pilih oleh Sultan Saljuk menjadi "Atta Bek" di Mousul dan Iraq.
Dibinanya kekuatan di Halab dan sebahagian negeri Sham jatuh ke pemerintahannya. Setelah kuat,maka di tahun 114 4M dapatlah di serangnya negeri Raha tempat pertahanan kaum salib yg paling kukuh. Beliau berjaya merampas kembali Raha.Tetapi di dalam satu pertempuran di tahun 1146 M, Pahlawan gagah ini mati terbunuh dan kematiannya tidaklah mengembirakan kaum salib kerana beliau digantikan oleh puteranya yg terkenal lagi gagah beraninya iaitu Nuruddin. Kota Halab dijadikan pusat kerajaannya serta dibantu oleh pahlawan-pahlawannya dan di antaranya ialah 'Saleh ed Din' (Salahuddin Al-Ayubbi). Setahun beliau memerintah Kota Raha yang kemudian dapat di ambil kembali oleh kaum Salib dari tangan Imad Ed Din dan Kota itu musnah hancur dibakar.
Terbakarnya kota ini menyebabkan timbulnya semangat di seluruh Eropa untuk melancarkan Perang Salib II. Sejak timbulnya kerajaan kuat di Halab itu boleh dikatakan tenaga kaum salib angkatan pertama,di masa 50 tahun telah hilang dan banyak pahlawannya gugur dalam peperangan menentang Islam.
Angkatan "PERANG SALIB II" ( 1147 - 1149M ) boleh dikatakan telah lebih teratur dari yang pertama. Mereka terdiri dari kalangan tinggi budi pekerti, pintar lagi kuat pegangan agamanya. dari order-order keagamaan dan ketenteraan seperti Knights Templar dan Knights Hospitaller. Pimpianan Agungnya ialah Louis VII Raja Tanah Perancis dan Konrad III - Kaisar Jerman. Pada angkatan kedua ini Bangsa Jerman lebih banyak di antara tentera salib dengan tentera Islam di Almizzah, di mana keduanya harus di akui di pimpin oleh pahlawan yg gagah berani.
Tentara Islam yg di pimpin oleh Pahlawan Nuruddin dari Halab yaitu saudaranya Saif Ed Din (Saefudin) dari mousul dan panglimanya Salahuddin. Tentera itu tergabung dari Bangsa-bangsa Turki,Kurdi dan Arab. Dalam peperangan hebat itu, patahlah perlawanan pihak Salib dan sisanya lari ke pantai.
Dengan hati kecewa Kaisar Konrad III pulang ke Jerman, sesudah itu mengikut pula Louis VII Raja Perancis. Meskipun dengan sabar dan dapat bertahan lama, tentara Salib boleh juga dikatakan melemah tetapi selama Mesir belum dikuasai, kaum salib masih dapat mendatangkan bantuannya dengan melalui negeri itu. Oleh sebab itu Mesir menjadi tujuan penting bagi kedua pihak. Adapun Mesir sendiri telah lemah, Khalifahnya yang tiada berdaya lagi di sebabkan negeri ini di pimpin dari kalangan wazir yang hanya mementingkan diri sendiri.
Serangan-serangan yang berhasil hanya terjadi di luar laut Tengah. Bangsa Flem, Frisia, Normandia, Inggris, Skotlandia, dan beberapa tentara salib Jerman, melakukan perjalanan menuju Tanah Suci dengan kapal. Mereka berhenti dan membantu bangsa Portugis merebut Lisboa tahun 1147. Beberapa di antara mereka, yang telah berangkat lebih awal, membantu merebut Santaram pada tahun yang sama. Mereka juga membantu menguasai Sintra, Almada, Palmela dan Setubal, dan dipersilakan untuk tinggal di tanah yang telah ditaklukan. Sementara itu, di Eropa Timur, Perang Salib Utara dimulai dengan usaha untuk merubah orang-orang yang menganut paganisme menjadi beragama Kristian, dan mereka harus berjuang selama berabad-abad.
Begitulah, pasukan Salib memaksakan kekuasaan mereka atas Palestin kecuali wilayah Ashkelon yang tunduk di bawah naungan Mesir (Fatimiyah) yang meyediakan mereka sumber obat-obatan, sumber daya manusia dan dana setiap tahun. Namun Kaum Salib sudah biasa setiap tahun mengepung Ashkelon, namun upaya untuk mendudukinya selalu gagal hingga tahun 1153 M (548 H). Pada tahun itu, penduduk Ashkelon berusaha keras untuk dapat memukul mundur pasukan Salib ini. Namun, ketika Kaum Salib sudah putus asa dan hampir menarik mundur pasukan mereka, ada kabar gembira yang sampai kepada mereka bahwa masyarakat Ashkelon tengah berselisih. Maka mereka terus menunggu dengan sabar. Alasan perselisihan antara kelompok di Ashkelon adalah persoalan perebutan kekuasaan; masing-masing kelompok mengklaimkan bahwa hanya mereka sendiri yang meraih kemenangan dan berhak atas kekuasaan. Bagaimanapun, perselisihan tersebut terus berkembang sehingga menelan korban dari kelompok masing-masing.
Keadaan ini terus menggiring konflik yang ada kepada situasi yang lebih memburuk, dan kesesuaiannya adalah pecahnya perang saudara antara mereka dan banyak nyawa yang harus menjadi korban. Di tengah situasi seperti ini, Tentara Salib berharap ada pintu kesempatan untuk menyusup. Dan tidak lama kemudian mereka terus merayap maju ke wilayah Ashkelon dan berhasil mendudukinya dengan mudah.
Walau pasukan bersenjata Salib berjumlah kecil, namun mereka berusaha untuk dapat mempertahankan dominasinya secara kuat dengan membangun benteng-benteng pertahanan yang solid yang dibangun bagaikan pulau-pulau yang tersusun di tengah banyaknya wilayah di Syria.
Di tahun 1167 tatkala zaman Khalifah Al Adlid - Khalif Fatimiyah yang penghabisan, lantaran perebutan pangkat wazir di antara Shaur dan Dhirgham, maka Shaur minta bantuan Nuruddin dengan janji jika Mesir dapat ditaklukkan oleh Nuruddin, dia tetap jadi Wazir dan sepertiga hasil Mesir adalah untuk Nuruddin. Sementara itu pula Dhirgham meminta bantuan dari kaum Salib dan gerakannya dapat di halau oleh Nuruddin. Dengan tindakbalas yg cepat dari Nuruddin, beliau mengarahkan pahlawannya iaitu "Asad Ed Din" (Singa Agama) Shirkuh, mengepalai angkatan perang merebut Mesir dan pembantunya ialah Salahuddin.
Di satu tempat bernama Al Babain (Pintu Dua), 10 batu dari Al Fustaat terjadilah pertempuran dengan tentera Salib yang rupanya Wazir Shaur pula yang membuat janji rahasia dengan mereka. Nasib tidak menyebelahi mereka dan tentera itu dapat dikalahkan Shirkuh dan dapat masuk ke Kota Alexandria (Iskandariah). Tetapi Kaum Salib mengepung kota itu dari laut. Oleh kerana kepungan tidak berhasil maka perang dihentikan sementara dan Shirkuh pulang ke Sham dengan meninggalkan wakilnya iaitu anak saudara “Yusof” yang lebih masyur .Beliau ialah Salahuddin.
Akibat kepercayaan yg tiada lagi kepada Wazir Shaur maka Khalifah Al Adlid sendiri meminta bantuan kepada Nuruddin. Di tahun 1169 M datanglah angkatan Shirkuh sekali lagike Mesir sebagai wakil Nuruddin. Kedatangannya di sambut rakyat dengan gembira. Wazir Shaur yang tidak dapat di percayai itu di bunuh. Tetapi baru 2 bulan Shirkuh memerintah Mesir sebagai Wazir dari Nuruddin dia pun wafat. Maka Nuruddin mengangkat Salahuddin Yusof ibn Ayyub menjadi gantinya. Belum pun lama beliau berkuasa maka Al Adlid pun magkat dan Khalifah yg bakal menggantinya tidak ada. Maka bulatlah kekuasaan Mesir di tangan Salahuddin. Setelah 2 tahun Salahuddin berkuasa di Mesir, Raja Nuruddin pula mangkat di Sham 1174M.
Dengan rasminya Salahuddin mengisytiharkan dirinya sebagai yang dipertuan Mesir dan Sham dengan gelaran "Sultan Al-Malikun-Nasir" dan diperanginya putera Nuruddin iaitu Al-Malik es-Salah dan saudara Nuruddin Saifud Din Gazi.